Legasi Z Agro
  • UTAMA
  • BERITA
  • PRODUK
    • JENIS PRODUK
    • CADANGAN PENYEDIAAN
      • NASI SORGHUM
      • KEK COKLAT
  • MEDIA
    • GALERI
    • KIT MEDIA
    • SOALAN LAZIM
  • ARTIKEL
  • TENTANG KAMI
    • MISI & VISI
    • KATA ALUAN
    • CARTA ORGANISASI
HUBUNGI KAMI

Artikel

Sorghum dan komitmen Legasi Z Agro untuk pertanian Malaysia

Sumber: Helme Hanafi

Bayangkan satu tanaman yang kaya dengan nutrien, berbagai guna, dan mesra alam. Inilah sorghum! Walaupun ia masih asing bagi kebanyakan kita di Malaysia, sorghum sebenarnya adalah bijirin yang telah lama popular di negara jiran Indonesia, sebahagian India dan Afrika. Kini, Legasi Z Agro ingin memperkenalkan sorghum kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai tanaman yang bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga berpotensi besar dalam industri makanan.

Kenapa Sorghum Hebat?

1. Kaya dengan Nutrien
Sorghum bukan sekadar bijirin biasa. Ia adalah sumber protein yang tinggi, penuh dengan serat, vitamin B, dan mikronutrien penting. Lebih hebat lagi, ia rendah lemak—pilihan ideal untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat!

2. Boleh dimasak apa saja
Apa yang boleh kita buat dengan sorghum? Banyak! Anda boleh memasak sorghum seperti nasi atau quinoa, mengisarnya menjadi tepung untuk roti dan kuih, atau bahkan mengubah sirap semula jadi yang manis. Tidak lupa, sorghum juga boleh diproses menjadi popcorn yang rangup dan penuh khasiat.

3. Mesra Alam dan Berkelestarian
Tahukah anda? Sorghum memerlukan lebih sedikit air berbanding tanaman lain, menjadikan pilihan yang mesra alam dan berkelestarian. Dengan teknologi moden seperti sistem hidroponik dan aeroponik, Legasi Z Agro merancang untuk menanam sorghum secara besar-besaran di kawasan melebihi 100 ekar—menjanjikan hasil yang tinggi dengan penggunaan sumber yang berkesan.

Di Legasi Z Agro, kami tidak hanya menanam tanaman. Kami mencipta masa depan. Melalui penanaman sorghum, kami berhasrat untuk:
– Meningkatkan Produktiviti dengan teknologi terkini.
– Mengurangkan Kos melalui pengurusan sumber yang bijak.
– Meningkatkan Kualiti hasil tanaman.
– Menyediakan Peluang Pekerjaan kepada masyarakat setempat.
– Memastikan Kelestarian alam dengan amalan pertanian yang berkelestarian.

Sorghum adalah lebih daripada sekadar bijirin. Ia adalah langkah pertama kita ke arah masa depan yang lebih hijau dan tahan lama. Dengan menyokong penanaman sorghum, anda bukan sahaja menyokong inovasi dalam industri pertanian, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

Legasi Z Agro komited untuk menjadikan sorghum sebagai tanaman pilihan di Malaysia. Ianya bermakna membuat perubahan yang besar kepada industri pertanian tempatan—daripada meningkatkan sumber makanan yang berkhasiat hingga mencipta peluang pekerjaan baru.

Penulis merupakan Ketua Media dan Pemasaran Digital Legasi Z Agro

#MAHA2024 #LegasiZAgro #InovasiHijau #sorghum #sorgum #pertanian

Sorghum: Tanaman tahan lasak dengan berbagai manfaat kesihatan

Sumber: Pengetahuan Am

Sorghum adalah bijirin yang sering digunakan sebagai makanan di banyak negara, terutama di Afrika. Berikut adalah beberapa fakta dan informasi penting tentang Sorghum:

– Asal Usul dan Pengeluaran: Sorghum berasal dari Afrika, dengan Ethiopia dan Sudan sebagai kawasan asalnya. Sekitar 70% dari pengeluaran sorghum dunia terletak di benua ini. Di Eropah, negara-negara seperti Perancis, Ukraine, Italia, dan Hungary juga menanam sorghum dalam jumlah yang besar manakala di Asia, India dan Indonesia merupakan pengeluar utama bijirin ini.

– Ketahanan Terhadap Iklim: Sorghum terkenal karena ketahanannya terhadap suhu yang tinggi dan kemarau. Ini membuatnya menjadi bijirin yang ideal untuk daerah dengan iklim yang kering dan panas, serta menjadi alternatif penting dalam menghadapi perubahan iklim dan peningkatan suhu global.

– Jenis dan Penggunaan: Sorghum ada dalam berbagai jenis, termasuk varieti yang digunakan untuk makanan. Di beberapa negara, seperti di Afrika Barat, Sorghum dijadikan tepung dan digunakan dalam berbagai hidangan, seperti ramuan sarapan dan puding. Di tempat lain, seperti di Senegal, Sorghum ditumis untuk membuat makanan ringan yang mirip dengan popcorn.

– Cara Memasaknya: Sorghum dimasak dengan cara yang mirip dengan quinoa, yaitu dengan merebusnya dalam air mendidih. Rasio air dan Sorghum yang umum digunakan adalah satu cawan Sorghum untuk tiga cawan air. Setelah dimasak, Sorghum dapat digunakan dalam berbagai resepi, termasuk penganti beras, sebagaiu bubur, salad, penkek, dan puding.

– Kesihatan dan Manfaat: Sorghum kaya dengan protein,  12 gram protein per 100 gram. Ini membuatnya menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian. Selain itu, Sorghum juga kaya dengan serat, yang membantu mengurangi kadar gula dalam darah menjadikannya pilihan yang baik bagi pensakit kencing manis.

Dengan semua manfaatnya, Sorghum memang sewajarnya dipertimbangkan sebagai bahagian dari menu makanan sihat dan beragam di Malaysia.

#MAHA2024 #LegasiZAgro #InovasiHijau #sorghum #sorgum #pertanian

5 Fakta Cili Bara Pelangai Legasi Z Agro

Sumber: Pengetahuan Am

Teknologi Moden: Legasi Z Agro menggunakan teknologi moden seperti sistem hidroponik dan aeroponik dalam penanaman cili bara Pelangai. Teknologi ini pokok cili tumbah tanpa tanah, dengan nutrisi yang disediakan secara langsung melalui air. Teknologi ini mengurungkan keperluan untuk tanah yang luas dan meningkatkan hasil yang signifikan.

– Tuaian: Cili bara Pelangai yang ditanam oleh Legasi Z Agro dapat dituai dalam waktu 3 bulan. Tuaian pertama pada Jun 2023 adalah sebanyak 1.3 tan. Kaedah penanaman ini meningkatkan produktiviti dan memberi pulangan cepat.

– Keterlibatan Komuniti: Projek penanaman cili bara Pelangai ini menyediakan peluang pekerjaan yang besar bagi komuniti setempat. Dengan peningkatan skala penanaman dari 1,000 pokok cili bara di fasa pertama menjadi 10,000 pokok di fasa kedua, jumlah peluang pekerjaan juga meningkat secara signifikan. Ini membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi komuniti setempat.

– Kelestarian: Legasi Z Agro menunjukkan komitmen yang kuat terhadap kelestarian. Ini penting untuk kelangsungan industri pertanian di masa depan.

– Inovasi: Dengan penanaman berskala besar dan penerapan teknologi pertanian terkini, Legasi Z Agro berhasrat untuk menjadi pemain utama dalam industri cili bara di Malaysia sekaligus mendorong inovasi dalam industri pertanian secara keseluruhan.

Anda dijemput untuk mengunjungi booth Legasi Z Agro di MAHA 2024. Dapatkan maklumat teknologi pertanian moden dan penanaman cili bara Pelangai di booth kami Dewan Pameran Utama, Hall C, MAHA GO GLOBAL ZON 1 MAEPS, SERDANG 11 hingga 22 September ini

#MAHA2024 #LegasiZAgro #InovasiHijau #cilibara #pokokcili #pertanian

Rahsia tanam sorghum: Teknik terbaik untuk hasil maksimum

Sumber: http://agriculture.upm.edu.my/?p=16

Sorghum atau sekoi boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbandlng dengan jagung. Fizikal pokok sekoi lebih kurang sama dengan pokok jagung cuma hasil/buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru/anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon.

Penanaman:
• Tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.
• Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
• Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.
• Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (Ground Magnesium Limestone) dengan kadar dua tan/hektar (ha) untuk tanah biasa.
• Jarak tanaman bergantung kepada jenis tanah dan juga jenis sorghum iaitu antara dia antara 60 dan 90 sm antara baris dan di antara 10 dan 23 sm antara pokok.
• Biji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam tiga dan lima sm sebanyak tiga atau empat biji selubang.
• Menanam boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam.
• Penjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Pengawalan Tumbesaran:
• Kawalan rumpal dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam.
• Pembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan K diberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam
• Ulat pengorek batang adalah perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian
• Serangan burung adalah pada peringkat penyemaian dan ketika peringkat susu biji sorghum
• Penyakit hawar daun dan smut biji sorghum boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan menggunakan racun yang bersesuaian.

Penuaian:
• Hasil sorghum boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam.
• Untuk dapatkan hasil kedua (ratoon) batang sorghum dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu
• Jika tidak perlukan ratoon, potong pokok lebih tinggi dan paras tanah atau dengan mengerat atau memotong Jambak buah
• Hasil mengikut jenis DOOBS (1,791 kg/ha), CE/71 (1,662 kg/ha). CE/178 (1,669 kg/ha) dan 655N(1,523 kg/ha).

Penyimpanan:
• Biasanya biji sorghum disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga.Dengan penanaman berskala besar dan penerapan teknologi pertanian terkini, Legasi Z Agro berhasrat untuk menjadi pemain utama dalam industri cili bara di Malaysia sekaligus mendorong inovasi dalam industri pertanian secara keseluruhan.

#MAHA2024 #LegasiZAgro #InovasiHijau #sorghum #sorgum #pertanian

“Warisan Hijau untuk Generasi Mendatang“

Pusat Pembangunan Pertanian dan Perternakan
Berteknologi Legasi Z Agro Sdn Bhd

No 1732, Kg Simpang Pelangai
28740 Bentong, Pahang

No. Telefon: +(60)18-2373383
Email: agroz@legasizsufi.com
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook

PAUTAN

  • > UTAMA
  • > AKTIVITI
  • > CADANGAN PENYEDIAAN
  • > BERITA
  • > PRODUK
  • > GALERI
  • > KIT MEDIA
  • > SOALAN LAZIM
  • > ARTIKEL
  • > TENTANG KAMI
  • > KATA ALUAN
  • > CARTA ORGANISASI
  • > HUBUNGI KAMI

COPYRIGHT @ LEGASI Z SUFI (002778642-W)

Scroll to Top