Pahang, 13 September 2023 – Pusat Pembangunan Pertanian dan Penternakan Berteknologi Legasi Z Agro di Simpang Pelangai.

Hari ini Pusat Pembangunan Pertanian dan Penternakan Berteknologi Legasi Z Agro telah menerima kunjungan daripada Pengerusi Legasi Z Sufi, Ybhg Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Pengarah FAMA Pahang.

Lawatan kali ini bertujuan untuk meninjau dan melihat sendiri kemajuan yang telah dilakukan oleh pihak Pembangunan Pertanian dan Penternakan Berteknologi Legasi Z Agro disini.

Antara tempat yang telah dikunjungi adalah kolam ikan keli bersama tempat arohan dan pembenihan, mesin pembuatan palet makanan ikan, tanaman sorghum, tanaman napier dan 36 buah kolam ikan keli yang baru dibina.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Legasi Z Sufi dan Pengarah FAMA Pahang kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.