UiTM – Legasi Z Sufi bincang kerjasama strategi tanaman Sorghum di Malaysia




Melaka, 09 Julai 2024 – Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Melaka, Kampus Jasin menerima kunjungan hormat daripada Syarikat Legasi Z Sufi Sdn Bhd.
Legasi Z Sufi diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Azahar Shahimi bersama Pengurus Pusat Pembangunan Pertanian dan Penternakan Berteknologi Simpang Pelangai, Mohazam bin Monggit dan Pn. Suhana Riza binti Kassim.
Daripada pihak industri dan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, mesyuarat diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri FPA), Prof. Madya Ts. Dr. Fazleen Abdul Fatah. Turut hadir adalah penyelidik dan pensyarah kanan, Dr. Pathimah Abdol Latip, Dr. Muhammad Feizal Daud, dan Koordinator ICAN, Nurul Wahida Ramli.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan skop persefahaman bagi kerjasama strategik Pelan Penanaman Tanaman Sorghum di Malaysia. Sorghum sangat tahan terhadap panas menjadikannya tanaman yang ideal untuk daerah tropika dan subtropika.
Selain itu, Sorghum lebih tahan terhadap hama dan penyakit berbanding dengan padi. Pihak Legasi Z Sufi Sdn Bhd telah diberikan beberapa taklimat berkenaan kerjasama tersebut daripada pihak UITM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Jasin, kerana sudi meluangkan masa menerima kunjungan daripada pihak Legasi Z Sufi Sdn Bhd.
